Thursday, February 16, 2012

cara kira harga jualan


cara kira harga jual brg jahit

by Rohayu Ramli on Friday, 17 February 2012 at 10:11 ·
Cara Kira Harga / Pricing Method for Craft Products
By Ida Sumie in GMJ Club ·  Edit doc
(Atas permintaan beberapa sahabat, saya create doc ini untuk rujukan bersama di masa akan datang. Ini salah satu cara nak kira harga jualan untuk produk kraf yang kita hasilkan. Cara yang ditunjukkan disini hanyalah sebagai guideline sahaja. Jika anda ada cara lain, perkongsian sangat2 dialukan) 



CARA KIRA HARGA

CONTOH:

1) Bahan2 mentah yang digunakan - kain, interface, zip, button, etc - semua sekali RM20

2) Masa yang diambil untuk siapkan 1 produk tu ialah 4 jam. Kalau upah kita sejam RM5, so labour cost ialah RM5 x 4 = RM20
(*untuk labour cost per hour, sila baca sampai habis) 

Material Cost = RM20
Labour Cost = RM20
----------------
TOTAL COST = RM40

(INI ADALAH KOS. DIHARAP TIDAK MENJUAL BELOW HARGA INI. Kita akan merosakkan pasaran handmade products, dan akan menganiayai crafters lain yang menjadikan crafting sebagai sumber pencarian mereka.)

So, on top of the above, kena mark up MINIMUM 30% profit margin.

Material Cost = RM20
Labour Cost = RM20
----------------
TOTAL COST = RM40
(+ Min 30% Profit) = RM12
---------------------
MINIMUM SELLING PRICE = RM52


(Kenapa kena mark up 30% ? Sebab ini lah yang cover kos tak nampak seperti letrik, transportation, machine depreciation and maintenance, etc. Dan dari profit margin ni juga kita boleh adjust untuk discount seandainya ada orang nak order bulk, dan untuk commission seandainya ada orang nak jadi reseller)


LABOUR COST/GAJI/UPAH PEKERJA

Sebagai crafter, kita adalah pekerja/pembuat, dan kita juga adalah penjual/seller, dan kita juga adalah pemilik perniagaan. So kita entitled to SALARY, COMISSION & PROFIT. (Profit dah tunjuk macam kat atas tu - yg tu minimum. Commission pun boleh masukkan % macam dalam profit tu)

1st decide berapa upah/gaji kita nak bayar pekerja (i.e; diri kita sendiri) 
CONTOH:
Gaji sebulan = RM1000
Sebulan kerja 25 hari (tolak cuti); Gaji sehari = RM40
1 hari 8 jam; Gaji sejam = RM5
(RM1000 / 25 / 8 = RM5)

Gaji ni kita boleh adjust ikut kemahiran kita. Kalau kita baru start sebulan dua, jahit pun senget2, produk yang orang lain buat dalam masa 4 jam dah siap, tapi kita amik masa 1 hari, maybe kita kena reduce sikit gaji kita sejam RM3.50 ke. Kalau jahitan dah mabelles, jahit pun laju, and kita tahu creativity kita lebih dari orang lain, maybe kita boleh naikkan gaji kita kepada RM6, RM7 dan seterusnya..  

Bayangkan macam bagi gaji pada pekerja lulusan diploma lain gajinya, degree lain, yang dah pergi kursus2 kemahiran pun lain gajinya.. macam tu juga lah kita bayar gaji pada diri kita.


***ADDITIONAL NOTES:

- Average gaji pekerja biasa antara RM35-RM50; about RM4.40 - RM6.25/hour.

- Min salary pay di Malaysia sekarang RM900 = RM4.50/hourSemoga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat2 crafter ku semua.Sebarang cadangan penambahbaikan amatlah dialu2kan